okay sekarang aku betul-betul stress. serius stress. adakalanya aku rasa mati lebih baik kerana aku tak tahan nak simpan masalah aku seorang diri. dan juga kerana aku rasa setakat ini tiada seorang pun yang memahami aku. sumpah tiada termasuk keluarga aku sendiri. hurmm..
homeworks, okay homeworks aku memang bertimbun lah en tak tahu bila boleh siap. aduhh! Bahasa Melayu punya kerja ada sebelas. serius, aku tak tipu. kerja English lagi, Pendidikan Islam dan sebagainya. oh ya, folio! aaaaarghh bila lah aku ada nafsu nak buat kerja tu semua?!
next, H1N1. sekolah aku sudah ada bendalah tu! oh no! tak nak berjangkit. :'( doakan aku supaya tak terkena penyakit itu ya kawan-kawan. actually belum merebak sangat, hanya satu kelas saja sebab ada seorang senior ni baru balik dari indonesia dan didapati positive influenza A H1N1. dan lagi satu, kerana ada pelawat dari australia datang sekolah, tapi nasib baik aku tak salam mereka *okay sebenarnya aku tak hadir ke sekolah.
and the last one, website. okay aku sekarang tengah touching, marah, sakit hati dan sebagainya dengan hal ni. kenapa mereka tak cakap awal-awal yang lima orang saja yang boleh masuk? kan buang masa dan tenaga aku saja? =__= okay kauorang tengok apa yang aku terpaksa korbankan untuk buat kerja website ni;
1. kena stay hari-hari sampai hampir pukul lima petang *fyi kawan-kawan, memang penat separuh mati
2. kena datang sekolah pada hari sabtu untuk buat kerja ini
3. terpaksa cancel join event yang umi *my mom organise sampai tak cukup peserta. maaf umi :(
4. terpaksa tangguh segala homework yang ada since last week kerana perlu dahulukan kerja website ini
5. terpaksa rehat hanya sebentar kerana ada meeting dengan mereka pada waktu rehat di sekolah
6. terpaksa skip kelas untuk pergi ke makmal komputer untuk buat kerja ni dan tertinggal waktu pembelajaran
7. terpaksa tidur sampai pukul 2.00 pagi walaupun keesokan harinya merupakan hari persekolahan semata-mata cari maklumat pasal bendalah ni
8. terpaksa ambil risiko install msn yang sangat lambat itu walaupun anti-virus dah tak berfungsi dan anytime hard-disk boleh rosak
9. perlu online hari-hari kerana ada meeting di msn dengan mereka
10. terpaksa kadang kala tak makan kerana ingin siapkan kerja ini tepat pada masanya.
see, aku korbankan hampir segalanya semata-mata ingin siapkan benda ini sahaja. kalau kauorang berada di tempat aku, mesti kauorang akan marah bukan? lagi-lagi macam ni, "sekarang ada peraturan baru, hanya lima orang saja yang perlu masuk dan nama awak tiada dalam list itu." memang tidak dinafikan menyirap darah aku semasa cikgu cakap macam tu. dalam hati aku cakap, "oh maknanya sia-sia sajalah pengorbanan aku selama dua minggu ni.
hmm tidak mengapalah, dah nasib badan ;'(
; rienasayang ;)
No comments:
Post a Comment